Luar Negara
Gempa bumi sederhana landa Jawa
GEMPA bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter melanda Jawa, Indonesia pada pukul 8.56 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 112 kilometer (km) selatan dari Tasikmalaya, Indonesia, dengan kedalaman 66 km.
Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. – SUMBER BERNAMA – SM