Nasional

PDRM sahkan keluar notis bayar saman tertunggak

BEBERAPA surat peringatan notis saman trafik yang tular hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai telah disahkan benar oleh pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, notis itu dikeluarkan kepada orang kena saman (OKS) yang mempunyai saman tertunggak.

“Orang ramai yang menerima notis tersebut digesa untuk membuat semakan saman di mana-mana kaunter saman trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.

“Mereka juga boleh membuat semakan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat peringatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azisman, pembayaran saman pula boleh dibuat melalui kaunter saman trafik di IPD, pejabat pos dan mesin penguluaran wang automatik (ATM) Maybank.

Related Articles

Jelasnya, orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi operasi pematuhan standard (SOP) yang ditetapkan ketika membuat pembayaran saman. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button