3,027 kes Covid, salahkan diri sendiri
KES Covid-19 yang mencatatkan rekod terbaharu 3,027 kes mencetuskan kebimbangan rakyat.
Tidak sampai sejam Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan data terbaharu Covid-19, media sosial rasmi KKM itu telah dibanjiri dengan komen daripada warganet yang menyifatkan ia sebagai perkembangan yang menakutkan.
Peningkatan kes yang mendadak itu didakwa akibat sikap lewa rakyat yang seronok bercuti, berjalan-jalan dan beriadah dengan tidak langsung hirau untuk mematuhi prosedur operasi standard.
Rata-rata warganet berkata, tidak ada sesiapa yang patut disalahkan melainkan diri sendiri.
“Good job rakyat Malaysia, naikkan lagi kes. Bagus-bagus, haa semua keluar dari negeri masing-masing tau. Keluar pergi cuti. Tak fikir doktor dengan jururawat yang bekerja keras sampai tidak jumla keluarga,” kata Bella Azira.
“Bukan salah kerajaan. Salah kau yang berjalan sini sana. Tak jaga jarak. Tak pakai pelitup muka. Ibarat Malaysia ni kau punya sendiri,” kata Syazwani Firnanie Ahmad.
“Dah dalam keadaan sekarang ni salahkan diri sendiri yang tak ikut SOP. Yang menyusahkan frontliner macam kami. Tak tau duduk rumah bercuti sana sini. Dah sakit dah kena Covid pakat salahkan kerajaanlah. Macam-macam sekarang ini. Bukan masa nak salahkan kerajaan. Jaga diri sendiri dengan famili,” tegas Misi Diya.
“Dah tak dengar kata, orang suruh duduk rumah pergi melancong sana sini rentas negeri. Lepas tu salahkan kerajaan pulak dok buat PKP,” kata Sam Sidek.
“Maaf ye. Aku tak akan pernah salahkan kerajaan mahupun KKM tentang Covid-19 ni merebak. Yang salah kita. Semalam aku pergi eco nampak family bawak satu kluarga termasuk budak-budak kecik shopping. Semalam juga aku pergi Ikea nampak anak-anak turut serta dengan parent test-test katil. Semalam aku pergi makan kat Texas nmpak budak main-main lari. Aku pergi Toppen nampak cucu sorong nenek pakai wellchair. So korang harap benda ni akan berhenti?Fikirkanlah. Aku dah penat tengok orang yang tak faham-faham,” kata Mohd. Irwan Shah.
Jumlah mereka yang sedang dirawat akibat jangkitan Covid-19 ketika ini adalah seramai 25,221 orang dengan lapan kematian direkodkan hari ini. – SM