Bola SepakSukan

11 pemain termahal di dunia, 7 bintang EPL

KESEBELASAN utama paling mahal di dunia telah didedahkan, hari ini, selepas penilaian dalam pasaran perpindahan dilakukan oleh CIES, dengan tujuh pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) turut berada dalam senarai tersebut.

Terdapat perubahan dalam senarai kesebelasan utama berbanding tahun lalu, dengan bekas pendahulu yang juga merupakan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe disingkirkan daripada kedudukan pertama.
Pemain antarabangsa Perancis itu telah digantikan dengan bintang Manchester United, Marcus Rashford, dengan beberapa pemain muda dari seluruh dunia menguasai kedudukan 10 terbaik tersebut.

Pemain dari kelab ternama dunia seperti Liverpool, Chelsea dan Manchester City masing-masing memiliki wakil dalam kesebelasan termahal dunia itu, sementara, Borussia Dortmund mempunyai dua pemain dalam senarai 10 terbaik tersebut.

Menurut CIES, berikut adalah senarai kesebelasan utama termahal di dunia yang menggunakan formasi 4-3-3:

Ederson (Penjaga gol)
Bintang Manchester City dan Brazil itu berada dalam senarai teratas penjaga gol dengan harga pasaran di sekitar 80 juta pound (RM436 juta), mengetepikan pesaing terdekat Marc-André ter Stegen dari Barcelona dan rakan senegaranya yang merupakan penjaga gol Liverpool, Alisson Backer.


Trent Alexander-Arnold (Bek kanan)
Bek kanan Liverpool itu merupakan pemain pertahanan paling mahal di dunia, dan ia tidak sukar untuk melihat berdasarkan persembahannya bersama Reds.

Alphonso Davies (Bek kiri)
Pemain Kanada itu telah memainkan peranan besar dalam membantu Bayern Munich memenangi Liga Juara-Juara, musim panas lalu, dan dia sejak itu, mendominasi permainan sejak 12 bulan lepas.

Ruben Dias (Bek tengah)
Wakil kedua Manchester City yang berada dalam senarai, Dias telah menjadi pemain penting untuk Sky Blues sejak menyertai kelab tersebut pada musim panas.

Matthijs de Ligt (Bek tengah)
De Ligt berjaya menaikkan kariernya sejak menyertai Juventus dari Ajax dan berpotensi menjadi salah seorang pertahanan tengah terbaik sepanjang zaman.

Bruno Fernandes (Tengah)
Sememangnya tidak perlu dipertikaikan pemain ini merupakan antara yang terbaik dalam planet bumi ketika ini. Fernandes berjaya mengubah United sebagai pesaing gelaran EPL, musim ini.

Kai Havertz (Tengah)
Havertz masih belum mempamerkan bakat sebenarnya di Chelsea, tetapi dia masih dilihat sebagai pemain berbakat besar di dunia, dan berpotensi menjadi lebih bagus.

Mason Mount (Tengah)
Pemain ini mungkin mencipta kejutan apabila berada dalam senarai, Mount, 21, tampil dalam hampir kesemua perlawanan Chelsea, dan mempamerkan keupayaannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kylian Mbappe (Sayap kanan)
Mbappe berada dalam kedudukan pertama pada senarai tahun lalu, tetapi kini dia jatuh ke tangga kelima. Mungkin disebabkan kontraknya yang hampir tamat pada 2022, tetapi hanya masa yang akan menentukan, sebelum dia berpindah ke kelab besar.

Erling Haaland (Penyerang)
Haaland muncul sebagai pemain kedua termahal di dunia, dia menjadi tumpuan sejak berpindah ke Borussia Dortmund. Hanya masa yang menentukan bagi menyaksikan dia berpindah ke kelab besar.

Marcus Rashford (Sayap kiri)
Rashford selesa berada dalam senarai teratas pemain termahal di dunia. Dia menjadi tonggak kepada perubahan prestasi United. – Mirror – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button