Politik

21 hari untuk tentukan nasib 6 Ahli Parlimen Bersatu sokong PMX

KEDUDUKAN enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan ditentukan dalam tempoh 21 hari.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau telah menerima notis daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu.

Oleh itu katanya, keputusan berhubung kedudukan wakil rakyat berkenaan akan diputuskan dalam tempoh 21 hari selepas menerima notis tersebut.

“Saya baharu dapat surat dari Beluran (Datuk Seri Ronald Kiandee) pada Jumaat lalu dan mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk mengkaji.
“InsyaAllah apabila saya sudah ada keputusan, saya akan jawab dan panggil anda semua untuk beritahu.
“Jadi tolong bersabar. InsyaAllah saya ada 21 hari untuk mengkajinya,” katanya selepas merasmikan Pameran Seni Sempena Ulangtahun ke-55 Hubungan Diplomatik Malaysia- Romania,
Sebelum ini Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat meminta agar enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.

Beliau yang juga Ketua Whip Bersatu, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima.
Minggu lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa 19 Jun.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang hilang keanggotan Bersatu.
Selain Mohd Azizi, lima lagi adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) Dan Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button