Hiburan

“2024 adalah tahun yang buruk” banyak penceraian berlaku terutama kalangan artis

PELAKON veteran Azhar Sulaiman meluahkan rasa takut dan bimbang setelah melihat semakin banyak berita penceraian melibatkan rakan artis akhir-akhir ini. Dalam hantaran di Instagramnya, Azhar turut menyatakan kesedihan atas nasib beberapa rakan artis yang sudah berpisah dengan pasangan masing-masing.

“Tahun 2024 merupakan tahun yang buruk untuk ramai pasangan selebriti yang telah berpisah. Rasa sedih dan takut mula menyelubungi fikiran Behar,” katanya.

Akhir-akhir ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita penceraian beberapa pasangan selebriti terkenal seperti Fattah Amin dan Fazura, Emma Maembong, Fazley Yaakob, dan terbaharu Que Haidar.

Sebagai makluman, Azhar telah mendirikan rumah tangga dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 23 Julai 1995. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button