Berita
17,045 kes baharu Covid-19, Selangor 8,500 kes, sejuta kes keseluruhan
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 17,045 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 1,013,438 kes.
Ia juga merupakan rekod tertinggi buat hari ketiga berturut-turut. Jumlah kes baru semalam adalah 15,902 kes manakala 15,573 kes untuk hari sebelumnya.
Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:
- Selangor – 8,500 (367,469)
- Kuala Lumpur – 2,045 (110,051)
- Kedah – 1,216 (38,477)
- Johor – 950 (84,258)
- Sabah – 818 (79,470)
- Perak – 609 (33,919)
- Pulau Pinang – 573 (42,097)
- Negeri Sembilan – 513 (66,615)
- Pahang – 424 (21,387)
- Sarawak – 407 (73,986)
- Melaka – 370 (28,094)
- Terengganu – 273 (14,318)
- Kelantan – 266 (39,673)
- Putrajaya – 50 (3,367)
- Labuan – 21 (9,599)
- Perlis – 10 (658)