16.3 peratus rakyat telah diberi dos pertama vaksin Covid
Seramai 16.3% atau 5,308,849 rakyat Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dengan 6.4 peratus atau 2,087,056 telah menerima kedua-dua dos sehingga semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, sejumlah 168,956 dos diberikan semalam melibatkan 103,956 dos pertama dan 65,100 dos kedua.
Sarawak kini menjadi negeri tertinggi penduduk menerima vaksin iaitu 953,983 (33.9% populasi) menerima dos pertama dan 227,292(8.1%) menerima dos kedua.
Kuala Lumpur merekodkan pemberian dos pertama sebanyak 932,659 (52.6%) dan dos kedua sebanyak 170,688 (9.6%).
Selangor ketiga tertinggi dengan 851,118 (13.0%) menerima dos pertama dan 270,688 (4.1%) dos kedua.
Keempat tertinggi adalah Johor iaitu 430,145 (11.4%) dos pertama dan 222,614 5.(%) dos kedua.
Perak kelima tertinggi dengan 304,672 (12.1%) dos pertama dan 194,724 (7.8%) dos kedua.-SM