Nasional

156 lagi ditahan, 187 mangsa bawah umur diselamat dari GISBH – KPN

POLIS menahan 156 lagi individu dan 187 lagi mangsa telah telah diselamatkan dalam Fasa keempat Op Global terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings yang bermula pada 21 September lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua suspek yang ditahan di bawah fasa empat ini akan direman sehingga 28 September depan bagi membantu siasatan.

Katanya, serbuan di bawah fasa tersebut telah dilakukan di 280 premis yang berkait rapat dengan GISB di Semenanjung Malaysia, dengan 221 daripadanya telah dikosongkan lebih awal, dan polis percaya ahli-ahli di premis itu telah melarikan diri dengan lebih awal.

“Buat masa ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuka 11 rumah selamat untuk mangsa yang diselamatkan, pada awal saya beritahu empat, sekarang JKM buka 11 rumah selamat untuk mangsa yang diselamatkan ini.
“Secara umum, kita telah merampas 455 unit naskhah risalah dan logo, 90 telefon bimbit, 16 komputer, 25 ekor haiwan, 13 buah kenderaan, dan kemudian wang tunai ada sejumlah RM904,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Dalam pada itu, Razarudin berkata, tindakan pembekuan di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dan penyitaan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613)t elah dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.
“Jumlah terkini keseluruhan Pembekuan di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) adalah sebanyak 153 akaun dengan pecahan terdiri daripada 138 akaun dengan jumlah RM882,795.94 dan 15 akaun telah ditutup.
“Manakala sebanyak 22 buah motokar pelbagai jenis bernilai anggaran RM1,872,085.00; dan 14 lot hartanah telah dijalankan tindakan pembekuan,” katanya lagi.
Beliau berkata, pihak polis tidak menolak kemungkinan untuk menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), selain siasatan di bawah akta yang telah dimaklumkan sebelum ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button