Luar Negara

154 terbunuh, 279 cedera dalam hujan monsun, banjir kilat di Pakistan

Hujan lebat dan banjir kilat bermula Julai telah mengorbankan 154 orang dan mencederakan 279 yang lain di bahagian berlainan di Pakistan, lapor Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA).

Antara yang maut ialah 74 kanak-kanak dan 27 wanita, kata NDMA dalam satu laporan pada hari Rabu.

Wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut adalah kawasan paling teruk terjejas dengan 57 kematian, diikuti oleh Punjab timur dan wilayah Sindh selatan masing-masing dengan 55 dan 30 kematian, kata laporan itu.

Ia menambah bahawa lapan orang terbunuh di wilayah Balochistan barat daya, tiga terbunuh di Kashmir yang dikuasai Pakistan dan seorang maut di wilayah utara Gilgit-Baltistan.

NDMA juga menyatakan bahawa 349 haiwan ternakan telah musnah manakala 1,552 rumah dan 24 jambatan rosak dalam tempoh yang disebut. – Xinhua

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button