Nasional

152 mat rempit dibawa solat subuh, tazkirah

SERAMAI  152 mat rempit yang ditahan polis di Jalan Tun Razak, di sini, dibawa menunaikan solat Subuh berjemaah dan diberi tazkirah.

Mereka semua  berusia 15 hingga 24 tahun itu ditahan menerusi Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Kuala Lumpur (KL) bermula jam 11 malam, Sabtu.
Ketua JSPT Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, operasi yang dibuat secara berperingkat sehingga jam 5 pagi itu telah menyita sebanyak 68 motosikal hasil pemeriksaan 152 motosikal sementara baki motorsikal tersebut telah dikeluarkan saman.
Katanya, dalam operasi tersebut seramai 152 orang telah dibawa ke JSPT KL dan diambil tindakan saman, manakala motosikal yang disita akan dibuat pemeriksaan selanjutnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar dalam masa terdekat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button