Nasional

15,000 miskin bandar KL dapat bantuan tunai 3 bulan

PENDUDUK miskin bandar di Kuala Lumpur berjumlah 15,000 akan menerima bantuan tunai selama tiga bulan. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata, bantuan tersebut mula diterima bulan ini sehingga September.

Annuar berkata, beliau telah menghubungi Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan bantuan tersebut.

“Saya menghubungi Menteri Kewangan dan mengesahkan keluarga miskin bandar di KL sedang kita urus bantuan tunai Julai, Ogos, September.” kata Annuar melalui ciapan di Twitter.

Ujarnya, bantuan tunai itu akan dimasukkan ke MyKad penerima dan mereka boleh membeli barang perlu dan segera. Annuar  berkata, semakan penerima bantuan akan dilakulan oleh Sukarelawan PriVo WP.

Kerajaan sebelum ini memperkenalkan projek perintis Program Prihatin Kasih bagi menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar di seluruh negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Prihatin Kasih dengan peruntukan RM100 juta itu adalah di bawah pakej Pemerkasa, bagi membantu meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin bandar.

Program bantuan barangan dapur itu disalurkan menerusi penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Pemilihan keluarga berdasarkan pangkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bantuan bulanan sebanyak RM100 untuk tiga bulan itu boleh digunakan untuk pembelian barangan makanan asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program PRIHATIN Kasih itu melibatkan lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button