Jenayah

15 merempit lintas negeri untuk jamu selera

Gara-gara ingin mengubah selera 15 pemuda dari ibu negara merempit merentas ke Negeri Sembilan untuk menjamu selera di sebuah restoran di Seremban mengundang padah.

Kesemua mereka dikesan dalam satu operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman bermula 10 malam.

Mereka yang berusia antara 18 hingga 34 tahun ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan, di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya mengesan penunggang motosikal terbabit melakukan aksi tunggangan berbahaya.

“Semua penunggang berkenaan yang terdiri daripada tiga kumpulan berasingan didapati melakukan aksi zig-zag, superman, menundukkan badan dan bersaing sesama sendiri.

Related Articles

“Mereka kemudian ditahan secara berasingan di sebuah restoran di Seremban, Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain tindakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 mereka juga akan dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.

Polis turut menyita 15 motosikal masing-masing jenis Yamaha 15ZR, Yamaha 135LC dan Yamaha 125Z.

“Semua tangkapan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button