Negeri

15 keluarga jalani program transformasi asnaf kendalian MAIPs

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan bahawa Program Transformasi Destinasi Asnaf (TDA) MAIPs bagi Sesi 2 bakal berakhir menjelang Julai 2024.

Program berkenaan yang dikendalikan oleh anak syarikat MAIPs, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) mensasarkan penglibatan golongan asnaf terpilih dari seluruh Negeri Perlis untuk menjalani program latihan kemahiran dan pembangunan insan di Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup, Chuping.

Sebanyak 15 buah keluarga bagi Sesi 1 dan Sesi 2 program berkenaan bakal menamatkan sesi latihan selama tempoh 2 tahun dengan dilengkapkan pelbagai kemahiran asas dalam bidang pertanian, penternakan, pembuatan makanan, dan pertukangan kraftangan selain perniagaan, pemasaran dan sebagainya.

Sesi baharu program berkenaan dijangka bermula menjelang September 2024 dan bagi anggota masyarakat yang berminat menyertai program berkenaan boleh menghubungi Akademi Transformasi Asnaf MAIPs melalui interaksi di laman rasmi Facebook ATAM atau melalui talian telefon 012-5834439.

Demikian menurut kenyataan MAIPs dimaklumkan beliau selepas mengiringi
Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam program Kayuhan MAIPs Peduli yang turut disertai oleh ketua-ketua jabatan dan agensi Negeri dan juga Persekutua Perlis di sekitar Kubang Gajah, Arau baru-baru ini.

Kayuhan amal ini bertujuan untuk menyantuni dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan serta salah satu inisiatif dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk menyifarkan kemiskinan di Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada asnaf yang terpilih iaitu Adziyah Hashim, 75 tahun, Mohd Faisol Sutan, 44 tahun dan Hasiah Mat Hashim, 73 tahun kesemuanya dari Kampung Kubang Gajah.

Setiap penerima menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700, bantuan Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah bagi meringankan beban seharian mereka.

Tuanku Pemangku Raja l turut berkenan mengadakan lawatan ke pusat perusahaan barang kulit ‘Vaska’ yang dimiliki oleh Abdul Abbas Abdul Karim di Kg Kubang Gajah yang merupakan sebuah syarikat yang menjual beg berasaskan fabrik, kanvas, barangan kulit seperti tali pinggang, beg dompet, pemegang kad serta beberapa barangan lain yang berkualiti tinggi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button