SEBANYAK 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi dikompaun di Jalan Semenyih-Kuala Klawang hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, operasi dijalankan pada semalam dan hari ini.
“Operasi sekatan jalan raya (SJR) pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang di Jalan Semenyih-Kuala Klawang (Genting Peras).
“Kita menerima maklumat terdapat sekumpulan motosikal berkuasa tinggi menggunakan laluan tersebut sebagai litar motosikal,” katanya.
Selain kompaun di bawah Seksyen 16 APPPPB(Pindaan 2021), jelasnya, sebanyak 19 saman lalu lintas juga dikeluarkan dalam operasi tersebut.
Ujarnya, kesemua penunggang motosikal adalah lelaki berusia di antara 18 dan 41 tahun.
“Operasi akan dijalankan di lokasi tersebut dari masa ke semasa untuk memastikan tiada pelanggaran SOP PKP dan kesalahan lalulintas berlaku,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial gambar beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi ditahan pihak berkuasa.
Jalan Semenyih-Kuala Klawang sebelum ini memang menjadi tumpuan penunggang motosikal sehingga digelar sebagai Kuala Klang International Circuit. -SM