Kebakaran

131 pelajar wanita selamat maahad tahfiz terbakar

SERAMAI 131 pelajar perempuan Maahad Tahfiz Selangor, Jalan Istana Lama, Kampung Bandar Banting di Klang terselamat selepas asrama yang dihuni mereka terbakar awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Penyelamat Malaysia  mengambil masa kira-kira 16 minit untuk sampai ke tempat kejadian selepas menerima  panggilan kecemasan pada pukul 5.49 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd berkata, ketika tiba kesemua 131 orang pelajar sudah keluar dan berkumpul di kawasan tempat selamat.

“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah asrama tahfiz wanita.

“Bangunan empat tingkat dengan keluasan 30 x 100 kaki itu musnah terbakar sebanyak 40 peratus di tingkat empat,” kata Hafisham.

Katanya, operasi itu membabitkan 27 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, BBP Telok Panglima Garang, BBP KLIA, BBP Pelabuhan Klang, BBP Seksyen 7.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 6.24 pagi dan  punca kejadian masih dalam siasatan.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button