Luar Negara

13 tan rambut manusia disyaki dari penjara Xinjiang dirampas

PIHAK Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) di New York dilaporkan merampas 13 tan rambut palsu yang disyaki diperbuat daripada rambut manusia.

Kapal yang membawa barangan kecantikan itu dilaporkan berasal dari wilayah Xinjiang, China yang sekaligus menimbulkan kecurigaan ia dibuat oleh para banduan yang dipenjarakan.

Xinjiang merupakan wilayah autonomi yang menempatkan lebih 11 juta kaum Uighur yang beragama Islam.

AS menganggarkan bahawa lebih dari satu juta orang Uighur ditahan di rangkaian kem tahanan besar-besaran di Xinjiang.

Rampasan itu adalah yang dikedua dibuat oleh CBP terhadap produk dari China yang disyaki dibuat dari rambut tahanan.

“Adalah sangat mustahak bagi pengimport untuk memastikan integriti rantaian bekalan mereka memenuhi standard kemanusiaan dan etika yang diharapkan oleh kerajaan dan oleh pengguna Amerika.

“Pengeluaran barang-barang ini merupakan pelanggaran hak asasi manusia yang sangat serius, dan perintah penahanan tersebut bertujuan untuk mengirim pesan yang jelas dan langsung kepada semua entiti yang ingin melakukan perniagaan dengan Amerika Syarikat bahawa amalan haram dan tidak berperikemanusiaan tidak akan diterima dalam pembekalan AS,” kata Penolong pesuruhjaya eksekutif Pejabat Perdagangan CBP Brenda Smitt.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button