Nasionalpilihan

13 peniaga disaman tidak sediakan QR kod MySejahtera, pengimbas suhu

SEBANYAK 13 peniaga disaman kerana tidak menyediakan QR kod MySejahtera dan pengimbas suhu di pasar pagi Jalan Margosa, Petaling Jaya pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, operasi pemantauan diakukan kira-kira pukul 7 pagi tadi.

“Selain peniaga, kita turut mengeluarkan dua saman terhadap pengunjung kerana tidak mengimbas QR kod MySejahtera.

“Operasi turut dilakukan bersama Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang telah mengeluarkan sebanyak 30 saman terhadap peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, pihaknya turut menyiata barangan milik seorang peniaga warga asing yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Dalam pada itu, orang ramai termasuk peniaga diminta untuk terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dikuatkuasakan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button