Nasional

13 kanak-kanak disyaki diliwat, empat lelaki disiasat – KPN

Sebanyak 13 kanak-kanak yang merupakan penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia dalam Op Global Rabu lepas, disyaki telah diliwat.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata hal ini berdasarkan saringan perubatan yang dijalankan terhadap 13 mangsa itu yang menghuni di rumah perlindungan di Selangor dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata pihaknya juga telah membuka empat kertas siasatan terhadap empat lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mengenai 402 penghuni yang diselamatkan menerusi Op Global itu, Razarudin berkata 392 telah selesai menjalani saringan kesihatan melibatkan 202 lelaki dan 190 perempuan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button