Ekonomi

Anwar hadir mesyuarat meja bulat bersama pelabur China

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari terakhir lawatan rasminya hari ini ke China dengan menghadiri sesi mesyuarat meja bulat bersama pelabur China berprofil tinggi.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu dihadiri kira-kira 50 pelabur dan pemimpin industri daripada pelbagai sektor termasuk teknologi peringkat tinggi, ekonomi digital dan pertanian.

Anwar menyifatkan perbincangan yang diadakan itu sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia bermakna.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Tidak pernah dalam beberapa tahun ini terdapat begitu ramai pemimpin industry terkemuka berhimpun bersama,” katanya yang melahirkan rasa gembira dengan permulaan baharu bagi Malaysia.

BERNAMA melaporkan, Anwar kini menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-China 2023 dan akan menyampaikan ucaptama di forum itu.

Beliau juga dijangka menyaksikan majlis menandatangani sekurang-kurangnya 20 Memorandum Persefahaman di antara perniagaan Malaysia dan China lewat hari ini. – SM

BACA Peruntukan khas untuk syarikat Bumiputera sebagai dana pelaburan langsung

BACA Wakil syarikat dari Thailand dan Qatar intai peluang pelaburan dalam Malaysia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button