Nasional

12 pegawai PULAPAU sertai kursus kemahiran menyelamat di arus deras

Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) di bawah Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) Baling, Kedah baru-baru ini menganjurkan Kursus Kemahiran Menyelamat Di Arus Deras yang diadakan di Sungai Klah, Sungkai.

Peserta kursus bersedia untuk melakukan latihan di air.

Kursus yang disertai 12 pegawai PULAPAU itu dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan berkaitan keselamatan dan terminologi menyelamat di arus deras.

Pengarah Pusat Kokurikulum, Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yasim berkata, penganjuran kursus ini memberi pendedahan kepada pegawai PULAPAU di samping mendedahkan ilmu tambahan memandangkan mereka antara pasukan barisan hadapan apabila sesuatu insiden berlaku di sungai mahupun banjir.

Peserta melakukan praktikal CPR (Cardiopulmonary Resuscitation).

“Kursus Kemahiran Menyelamat Di Arus Deras merangkumi aspek mengenal pasti ciri-ciri dan bahaya air, kefahaman tentang hidrologi air mengalir, pakaian,kelengkapan dan alatan menyelamat serta kemahiran khusus di arus deras,” ujar beliau ketika mengendalikan kursus di Sungai Klah, Sungkai.

Prof Madya Dr Mazuki memberi taklimat morfologi sungai kepada peserta.

Sementara itu Timbalan Komandan PULAPAU Baling, Mohd Zalimi Abdul Aziz, berterima kasih kepada pihak AURORA berikutan berjaya mengendalikan kursus dengan baik dan lancar sehingga semua pegawai dari PULAPAU berjaya menghabiskan kursus.

Peserta melakukan formasi menyeberang arus deras.

“Kursus ini secara tidak langsung dapat memantapkan ilmu serta memperkasakan teknik sedia ada apabila operasi penyelamat di lakukan di arus deras.” Ujar beliau , sewaktu menghadiri kursus tiga hari dua malam di Sungkai Klah, Sungkai. -SM

Baca : “Saya tak campur tangan kes Ahmad Zahid,” PM Anwar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button