JenayahNasional

5 polis peras ugut scammer RM150,000 dirujuk kepada TPR

LIMA anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor direman empat hari sehingga semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan wang tunai RM150,000.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki tempatan pada Khamis lalu mendakwa dia diperas ugut seorang pegawai dan beberapa anggota polis.

“Pada hari yang sama, kita telah menahan seorang yang berpangkat inspektor, seorang sarjan, dua koperal dan seorang konstabel yang disyaki melakukan pemerasan melibatkan kerugian RM150,000,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan FMT hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan telah dilengkapkan dan kes akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

Hussein berkata demikian bagi mengulas mengenai pendedahan di akaun Telegram Edisi Siasat yang mendakwa pegawai dan anggota polis IPD Serdang melakukan pemerasan ke atas satu sindiket scammer.

Beliau berkata, setakat ini tiada wang tunai ditemukan daripada semua suspek dan polis percaya kes tersebut berkaitan serbuan dilakukan polis terhadap kegiatan scam melibatkan warganegara China.

“Polis juga sedang menyiasat pengadu dan kumpulan beliau yang kemungkinan terlibat dalam aktiviti scammer ini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button