Rencana

10 sebab kenapa Muhyiddin harus kekal Perdana Menteri

PRESIDEN Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jarang bercakap, beliau bagaimanapun diyakini cukup efektif dalam menangani apa jua keadaan yang dihadapi negara.

Huan Cheng Guan

Sehubungan itu, PCM menggariskan 10 sebab mengapa Muhyiddin harus kekal sebagai Pedana Menteri seandainya Perikatan Nasional (PN) meraih mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 kelak.

Berikut 10 sebab berkenaan:

1. Pandemik Covid-19 ditangani dengan baik dan mendapat pujian dunia.

2. Isu-isu ekonomi ditangani dengan baik dan majoriti rakyat mendapat bantuan daripada kerajaan.

3. Peguam Negara (AG ) Tan Sri Idris Harun dilantik daripada golongan profesional dan bukan kroni.

Tan Sri Idris Harun

4. Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Ia bukan lantikan orang politik seperti dalam Pakatan Harapan (PH) dahulu.

Azam Baki

5. Skandal terowong dibuka semula dan bukan sapu bawah karpet seperti dilakukan kerajaan PH sebelum ini.
Kelmarin, 3 Julai lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan agensi itu tidak pernah menutup atau berhenti melakukan siasatan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, pihaknya sebelum ini sudah membuka lima kertas siasatan berhubung projek berkenaan dan tiada cadangan menutupnya bahkan siasatan masih berjalan seperti biasa.

Terdahulu, wujud dakwaan SPRM dikatakan membuka kembali siasatan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3bilion itu selepas berlaku peralihan kuasa antara kerajaan PH kepada PN.

6. Berani memecat `pengkhianat-pengkhianat parti Bersatu. Tetapi Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia sendiri yang pecat diri sendiri.

7. Memperkukuhkan hubungan yang baik dengan kerajaan Sarawak. Kes mahkamah antara Petronas dan kerajaan Sarawak pun diselesaikan. Bukan ikut cara Dr Mahathir nak saman sahaja.

8. Kes-kes rasuah di Sabah yang sapu bawah karpet oleh kerajaan PH Sabah dibuka balik.

9. Muhyiddin melalui kebijaksanaannya kini telah mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara luar. Kini hubungan dengan negara besar seperti China , India dan Arab pun sudah dipereratkan. Perdagangan dua hala pun berjalan lancar. Bukan seperti Perdana Menteri lama (terdahulu) yang `dok cari gaduh’ dengan semua orang.

10. Rakyat kini sudah selesa dengan Perdana Menteri kelapan ini. Selama 22 bulan di bawah PH sudah cukup sengsara. Muhyiddin harus diberi tempoh yang lebih lama bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara ini.

Dengan itu PCM, tegas Cheng Guan, berpendapat Muhyiddin harus diberi lebih masa untuk memimpin negara ini.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button