Politik

Najib dedah sebab melawan PH walaupun berseorangan selepas PRU14

BUAT pertama kali bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan mengapa beliau terus melawan Pakatan Harapan selepas Barisan Nasional jatuh pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Najib sejurus selepas PRU14, beliau memerhati banyak pemimpin-pemimpin BN telah patah semangat untuk melawan gelombang PH yang berusaha mencemar parti UMNO dan BN masa itu.

“Sebab itu, saya membuat keputusan untuk melawan PH secara berseorangan dan menjelaskan penipuan PH satu persatu kepada Rakyat.

“Masa itu, saya memutuskan bahawa tiada pihak dari BN perlu mempertahankan saya lagi kerana sudah tiba masa untuk saya mempertahankan diri sendiri dan mempertahankan UMNO serta BN.

“Walaupun PH sudah tumbang, kita masih perlu kuatkan tekad dan jangan biarkan kita ditipu lagi oleh PH, tak kira sama ada mereka PH, PH Plus, PH Minus ataupun PH Zero,” kata Najib di Facebooknya.

Dalam hantaran tersebut Najib turut mengucapkan terima kasih kepada salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kamarul Azman Habibur Rahman yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau.

“Terima kasih Cikgu Kamarul atas kata-kata yang memberi semangat. Cikgu Kamarul antara individu yang paling awal termakan hasutan PM4 untuk melawan saya. Dia juga antara pengasas parti PPBM tetapi dia telah keluar parti pada tahun 2017 sebelum PRU14,” kata Najib.

Antara lain, Kamarul yang merupakan bekas Setiausaha Kerja Bersatu itu berkata, ketika semuanya kelihatan tewas untuk UMNO, Najib enggan mengalah dan dia kembali dengan lebih kuat dengan gelombang ‘Malu Apa Bossku’ yang luar biasa.

“Yang benar ialah Najib adalah seorang yang berkualiti tinggi. Dia telah dihina di luar batas. Mendedaknya secara keterlaluan, dia harus melawan kerana dia memutuskan ‘cukup sudah cukup’. Kekuatan mentalnya kuat dan dia kini menikmati pertarungan.

“Dengan pengaruhnya, Najib adalah faktor terbesar untuk mempengaruhi keputusan PRU-15 ke arah Muafakat Nasional,” kata Kamarul.-SM

 

Tags
Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close