Politik

10 Ketua Penerangan Bersatu Johor Zahir Menyokong Resolusi Muzakarah Pas – Bersatu

Ketua-Ketua Penerangan Bersatu mencadangkan agar semua pihak khususnya parti politik di negeri Johor merangka strategi ampuh bagi menggagalkan muslihat Umno dan Barisan Nasional.

Menurut satu kenyataan, Bersatu melihat Umno dan Barisan Nasional semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh kerana mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) di Johor.

“Umno dan Barisan Nasional ibarat tidak mengambil kira kesukaran yang dialami rakyat ketika masih berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19,” kata kenyataan itu.

Ketua-Ketua Penerangan Bersatu berkata demikian mengulas PRN Johor yang terpaksa diadakan selepas pembubaran dibuat atas alasan mahu mengukuhkan kuasa.

Dalam masa sama, Ketua-Ketua Penerangan Bersatu mengutuk tindakan tidak bermaruah dua orang mantan ADUN Bersatu yang keluar parti selepas DUN Johor dibubarkan.

“Tindakan mereka berdua ini sudah dijangka, serta tidak menjejaskan perpaduan Bersatu Johor dan ukhuwah Perikatan Nasional (PN).

“Ketua-Ketua Penerangan Bersatu juga menyokong penuh Resolusi Muzakarah Pas – Bersatu bertarikh 28 dan 29 Januari yang membuat ketetapan akan bersama menyertai PRN Johor atas nama PN,” katanya.

Berikut adalah senarai Ketua-Ketua Penerangan Bersatu yang menyokong Resolusi Muzakarah Pas – Bersatu:

Ketua Penerangan BERSATU Pagoh
Ketua Penerangan BERSATU Ledang
Ketua Penerangan BERSATU Labis
Ketua Penerangan BERSATU Muar
Ketua Penerangan BERSATU Bakri
Ketua Penerangan BERSATU Batu Pahat
Ketua Penerangan BERSATU Sembrong
Ketua Penerangan BERSATU Segamat
Ketua Penerangan BERSATU Sri Gading
Ketua Penerangan BERSATU Air Hitam

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button