Jenayah

10 jenayah terancang sedang diburu oleh pihak polis

Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata gabungan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng TR itu terdiri daripada Geng 08, Geng 18, Geng 21, Geng 24 dan Geng 36 yang dikesan bergiat aktif sejak 2019.

Beliau berkata berdasarkan siasatan gabungan kumpulan itu terlibat dengan pelbagai jenayah antaranya pengedaran dadah, pemerasan, pembunuhan dan kianat dengan api.

Pada 3 Mei lepas, beliau berkata polis melancarkan Ops Lima di Selangor, Johor serta Pahang dan menahan 18 ahli gabungan kumpulan jenayah itu berusia antara 26 dan 51 tahun mengikut
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Polis juga mengenal pasti tiga individu lain yang sedang menjalani reman di Penjara Sungai Buloh, Selangor disyaki menganggotai gabungan kumpulan jenayah yang sama.

“Pagi ini, 20 daripadanya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang mengikut Seksyen 130V Kanun
Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang manakala seorang lagi tidak dapat didakwa kerana sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara,” katanya pada sidang media di sini
hari ini.

Mohd Shuhaily berkata polis akan terus menjalankan operasi menangkap ahli kumpulan jenayah terancang dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan berkenaan.

Kreadit: Bernama

Artikle Berkaitan :>

Prihatin talian 997, Semak Mule elak jadi mangsa jenayah siber

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button