Nasional

1-3 Mei tarikh untuk yang terkandas di kampung pulang

PIHAK polis telah menetapkan 1-3 Mei ini sebagai tarikh untuk mereka yang terkandas di kampung untuk pulang ke kediaman masing-masing termasuk ke ibu negara.

Mereka hanya dibenarkan melakukannya perjalanan dalam tempoh tiga hari itu sahaja.

Huzir Mohamed

Pengarah Jabatan Siastan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, mereka yang layak perlu mengemukakan permohonan menerusi aplikasi ‘Gerak Malaysia’.

Aplikasi itu katanya boleh dimuat turun daripada Google Playstore, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

Huzir memberitahu, mereka yang layak boleh mengemukakan permohonan mulai esok ,26 April untuk membuat pergerakan antara negeri.

Katanya, dalam permohonan itu mereka perlu mengesahkan destinasi perjalanan dan boleh menyemak status permohinan pada 1 Mei.

Katanya, tempoh pergerakan antara negeri hanya dibenarkan untuk tarikh itu sahaja, dan mereka yang mahu melakukan perjalanan diminta merancang perjalanan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Kata Huzir, semua kebenaran adalah melalui aplikasi Gerak Malaysia dan bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan aplikasi berkenaan, permohonan secra bertulis untuk kebenaran perjalanan boleh dibuat di Balai Polis berhampiran.

Bagaimanapun, keutamaan perjalanan hanya akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia, tambah beliau.

“Satu kenyataan media berhubung pendaftaran tatacara pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia akan dikeluarkan hari ini diikuti sidang media khas pada 29 April ini mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan mereka yang terlibat berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau turut mengingatkan bahawa bagi mereka yang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan, tiada sebarang kemudahan makanan disediakan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Katanya, kemudahan surau juga ditutup dan sebarang aktiviti bersolat secara berjemaah tidak dibenarkan di kawasan R&R, termasuk di mana-mana bangunan, kawasan lapang dan tempat letak kereta.

Kemudahan yang disediakan disepanjang labuh raya kata beliau, hanyalah tandas.

Tempat kereta du R&R katanya, hanya untuk tujuan rehat orang ramai tidak sesekali dibenarkan keluar dari kenderaan semasa dalam tempoh rehat kecuali bagi tujuan penggunan tandas awam.

“Manakala stesen minyak di sepanjang lebuh raya hanya akan beroperasi antara pukul pagi hingga 12 tengah malam.

“Pengguna dilarang melakukan sebarang aktiviti berkumpulan di dalam tempoh kebenaran perjalanan iaitu 1 hingga 3 Mei ini,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button