Sukan
Zii Jia dilarang sertai kejohanan antarabangsa selama 2 tahun, kata BAM
PETALING JAYA: Pemain kebangsaan Lee Zii Jia dilarang mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Jan.
Perkara itu disahkan dalam sidang media Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.
Awal minggu ini, Zii Jia, yang merupakan pemain nombor satu negara, meletakkan jawatan daripada BAM.
Zii Jia kini menduduki ranking ke-7 dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).