Politik

Zahid Hamidi menangis sebak depan perwakilan dan PM

AIR MATA Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gugur sejurus selepas klip video anak kepada bekas Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak ditayangkan untuk tontonan seluruh perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) pagi ini.

Hadir sama di dalam dewan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang duduk sebaris dengan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

TANGKAP LAYAR klip video apa yang dinyatakan oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang disampaikan melalui anaknya.

Menerusi klip video anak Najib, Gina, beliau mengatakan bahawa ayahandanya tidak pernah memberi arahan menentang atau menyerang kerajaan perpaduan.

Ahmad Zahid yang sebak cuba mengekang air matanya sejurus klip video ditayangkan namun gagal. Dalam nada tersekat-sekat, Ahmad Zahid berkata, “PM lihat sendiri. Apa yang dikatakan itu authentic. Kita di sini, dia di sana. Semangatnya ada dalam Dewan Merdeka.

“Kita berdoa tapi Allah nak kita berusaha. Majlis Tertinggi telah mengambil keputusan resolusi pendirian UMNO tidak berubah membela keadilan untuk Datuk Seri Najib.

“Kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga, bersabarlah. Mudah-mudahan Allah Taala lunaskan segala doa kita semua bersama beliau dan ahli keluarga,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sebahagian daripada ucapan dasar Presiden pada PAU 2023, hari ini. –  SM

 

BACA Pindaan perlembagaan UMNO bolehkan permohonan keahlian dibuat dalam talian – Zahid

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button