JenayahNasional

“Yaya” peras mekanik RM200,000 jika tidak…

SEORANG lelaki yang bekerja sebagai mekanik menjadi mangsa peras ugut RM200,000 oleh seorang kenalannya, “Yaya”. Menurut “Yaya”, dia akan menyebarkan rakaman video aksi tidak senonoh mekanik tersebut di media sosial sekiranya RM200,000 tidak dibayar.

Mangsa berusia 30 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian pada pukul 1.49 tengah hari semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan individu yang baharu dikenali sehingga boleh dipengaruhi untuk melakukan perkara di luar dugaan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” kata Yusri dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut polis, kejadian bermula apabila mangsa menerima panggilan video daripada seorang perempuan yang “ingin menunjukkan sesuatu yang istimewa”.

“Setelah menerima panggilan tersebut, mangsa melihat suspek berada dalam keadaan berbogel dan melakukan aksi ghairah.

Mangsa yang terpengaruh dengan aksi tersebut turut sama berbogel dan melakukan perkara yang tidak senonoh bersama suspek.

Mangsa hanya mengetahui aksinya dirakam suspek apabila menerima rakaman daripada suspek selepas menamatkan panggilan.

“Mangsa diugut supaya memberikan wang kepada suspek dan mangsa kemudian melakukan pemindahan wang sebanyak 38 kali secara perbankan dalam talian ke lima akaun pemilik berbeza,” kata Yusri.

Yusri meminta orang ramai berhati-hati di media sosial supaya tidak menjadi mangsa jenayah pemerasan.

Timbul persoalan, apakah ini kes berulang kerana yang diugut, lelaki dan yang mengugut, seorang wanita? –  SM

BACA Lelaki diperas ugut wanita selepas panggilan video bogel dirakam

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button