HiburanMahkamah

Yassin ‘Mimpi Laila’ dihadap ke mahkamah tanam pokok ganja

TERUNGKAI sudah teka teki siapakah penyanyi nasyid tanah air yang memiliki dan menanam pokok ganja di kondominium Kota Damansara.

Yassin Brothers atau nama sebenarnya, Yassin Sulaiman hari ini dibawa ke Mahkamah untuk berhadapan dengan pendakwaan atas kesalahan memiliki bahan terlarang itu.

Yassin yang memakai kemeja-t berkolar hitam tiba di perkarangan Mahkamah pada sekitar pukul 10 pagi tadi dengan diiringi anggota polis.

Berusia 47 tahun, penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu berjudul Mimpi Laila dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana pertuduhan ke atasnya, masing-msing didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.

Pada 21 Mac lalu, Yassin ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara.

Yassin ditahan pada pukul 5.30 petang selepas polis bertindak atas maklumat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menemui satu bekas plastik berwarna biru atau hitam di dalamnya terdapat dua plastik lutsinar berisi daun kering yang disyaki ganja seberat 214 gram di dalam kondominium tersebut.

“Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut didapati, bahagian sebelah dapur di dalam kondominium yang sama itu, turut ditemui satu almari dan didalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja,” katanya.

Turut dirampas, satu botol cecair pemusnah serangga, alat penyukat suhu, dua lampu LED dan satu alat menyiram tanaman, kata Mohamad Fakhrudin.

Pemeriksaan di dalam bilik pertama menjumpai 13 pokok dalam pasu, disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.

Pada masa sama, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish dan wang tunai, kata Mohamad Fakhrudin lagi, turut disita dan dirampas.

“Ujian saringan air kencing suspek, positif dadah jenis THC,” katanya.

Yassin mempunyai rekod pernah terlibat dalam penagihan dadah selama 10 tahun dan menanam pokok ganja selama dua bulan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button