Auto TravelBerita Auto
Yamaha NMAX hadir dengan dua warna baharu
HONG LEONG Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan dua warna baharu iaitu Matt Green dan Matt Blue bagi skuter NMAX (2022).
Pilihan warna tersebut kini boleh didapati di pusat jualan Yamaha bermula hari pada harga pengenalan RM9,498 (tidak termasuk insurans).
Bagaimanapun, ia tidak memberi perubahan kerana harga motor akan berbeza sebaik tiba di pusat jualan. Setiap pembelian skuter tersebut akan didatangkan bersama alat pengunci keselamatan Yamaha bernilai RM100.
Yamaha NMAX dipacu trenkuasa silinder tunggal 155cc SOHC, VVA yang menawarkan kuasa 15.1hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm @ 6,000rpm. – SM