Negeri

WoGoS bentuk pertahanan dinamik pasukan simpanan

Matlamat Whole of Government and Whole Of Society (WoGoS) merupakan satu pendekatan menyatupadukan semua agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat bagi membentuk pertahanan komprehensif melalui platform dinamik angkatan simpanan.

Elemen pakar Askar Wataniah akan turut dilibatkan dan diberikan peluang untuk mempamerkan keupayaan dari sudut memberikan perkhidmatan ‘Essential’ dalam konteks rancangan mobilisasi keseluruhan agensi peringkat nasional kelak.

Meskipun dengan keadaan masa yang terhad, keunikan latihan ketenteraan telah disusun bagi memastikan para peserta memperolehi pelbagai manfaat, memperolehi ilmu ketenteraan dan taktik peperangan, ‘soft skills’ di dalam mengasah kualiti kepimpinan, pematuhan arahan, kecergasan, ketepatan masa, berinovasi kreatif dalam menyelesaikan permasalahan; kesedaran kepentingan ‘moral duty’ dan khidmat komuniti.

Maklumat tersebut dipersembah maklumkan oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab dalam ucapannya di majlis Penutupan Latihan Kem Tahunan Politeknik Se-Malaysia (MALPTAAC) Siri 15 tahun 2024 kepada Pemangku Raja Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ladang Kenaf Chuping Valley, Taman Rizab Rimba Mas, Chuping, Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis penutup MALPTAAC tersebut yang merupakan acara tahunan yang dinantikan oleh pelajar-pelajar Politeknik seluruh Malaysia.

Keberangkatan tiba Tuanku Pemangku Raja disambut oleh, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mohd Zahari Ismail, Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hj Hashim dan Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji.

Menurut Abdul Rahman, Objektif utama MALPTAAC adalah menyemai semangat patriotisme di kalangan warga pendidik dan pelajar kolej. Perkembangan situasi yang tidak menentu menuntut agar objektif latihan di kembangkan bagi membentuk satu Angkatan simpanan darat yang bersepadu, tangkas dan berfokus.

MALPTAAC juga merupakan salah satu program strategik di dalam wadah pembentukan warga pertahanan yang terdiri daripada 29 orang pegawai dan 609 pelajar dari 16 buahPoliteknik seluruh negara pada kali ini.

Para peserta MALPTAAC telah menjalani latihan selama 2 minggu dengan mendepat pendedahan pelbagai aktiviti ketenteraan yang merangkumi pertandingan di peringkat kem, latihan menembak, pandu arah dan pelbagai aktiviti lain lagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button