Luar Negara

Wildine Aumoithe wanita terpendek di dunia

SEORANG warga Amerika telah dinobatkan sebagai wanita terpendek di dunia dengan ketinggian hanya dua kaki empat inci atau kira-kira 71 sentimeter.

Wildine Aumoithe dari Miami, Florida, baru-baru ini dianugerahkan Guinness World Record sebagai wanita ’non-mobile’ terpendek di dunia.

Menurut laporan Mirror, gadis berusia 18 tahun itu mempunyai bentuk kerdil yang paling unik iaitu dikenali sebagai Saddan displasia.

Ibu dan bapanya diberitahu bahawa dia tidak akan bertahan hidup 24 jam selepas dilahirkan.

Walau bagaimanapun, Wildine menentang kemungkinan itu dan meraikan ulang tahunnya yang ke-18 pada awal tahun ini.

“Rasanya seronok apabila mendapat gelaran Guinness World Record dan saya amat berbangga dengan rekod itu.

“Saya juga merupakan orang Haiti-Amerika pertama yang memegang rekod untuk wanita terpendek dan ini menjadikan saya lebih hebat,” katanya.

Dalam pada itu, dia menegaskan bahawa walaupun dalam keadaan sedemikian, dia mempunyai kehidupan yang normal.

“Saya tidak pernah membiarkan ia menghalang dan menahan saya dalam melakukan perkara dalam hidup.

“Rakan-rakan saya sentiasa melayan saya seolah-olah saya sama seperti mereka dan saya tidak pernah dibuli disebabkan oleh saiz saya yang kecil di mana saya sangat bersyukur dengannya.

Wildine boleh berjalan ketika masih muda, bagaimanapun, dia kini menggunakan kerusi roda kerana mempunyai kaki bengkok yang menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

“Ibu saya perlu membantu saya dengan semua keperluan harian saya.

“Dia juga tidak bekerja supaya boleh bersama dengan saya sepanjang waktu,” katanya.

Tambahnya, dunia ini bukan dicipta untuk orang pendek, tetapi dunia ini dibina untuk orang yang tingginya lima kaki ke atas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button