SUARA MERDEKA: Wee Jeck Seng orang Cina yang baik dan telah banyak membantu orang Melayu semasa beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jeck Seng telah membantu penduduk Melayu termasuk memperbaiki rumah nelayan di kawasan berkenaan dan pastinya meneruskan apa yang biasa beliau buat.
“Lebih baik pilih Cina yang baik, daripada pemimpin Melayu yang tiada roh Melayu,” kata Najib ketika berkempen di Tanjung Piai malam tadi.