Rencah Hidup

Nilai kemanusiaan tak kira kaum, semoga Aunty, Uncle dimurahkan rezeki’

KUALA LUMPUR – Sifat kemanusiaan itu penting dalam membentuk jati diri sesebuah bangsa sekali gus menjadi ikutan ramai pihak tidak kira muda atau tua.

Itulah yang berlaku terhadap sepasang suami isteri yang juga pengusaha sebuah stesen minyak di Cameron Highlands apabila memberi sumbangan kepada seorang guru untuk diberikan kepada anak muridnya.

Menerusi perkongsian ciapan pemilik akaun Twitter @bungolale, dia terharu apabila pasangan suami isteri itu menghulur sumbangan berupa air minuman apabila mengetahui dia dan anak muridnya pergi ke Kuala Lumpur.

“Tengoklah betapa manisnya Aunty dan Uncle Shell ini. Demi tahu kami ke Kuala Lumpur, dia pesan suruh ambil air di Shell sebelum pergi.

“Tapi ada dititipkan sekotak dengan adanya nama saya diatasnya. Bila dibuka ia berisi kopi Pokka yang sama setiap Isnin saya beli sebelum masuk sekolah,” katanya menerusi ciapan tersebut.

Status itu yang dimuat naik semalam mendapat 2,550 ulang kicau dan 3,756 tanda suka.

Berdasarkan pemerhatian menerusi ciapan @bungolale, pemilik akaun Twitter itu membawa anak-anak muridnya menyertai Hari Ohana di UM Arena yang berlangsung hari ini.

Tambah pemilik akaun Twitter itu, dia terharu apabila pengusaha stesen minyak tersebut memberi lima kotak air mineral dan sekotak minuman Pokka untuknya.

Sekotak minuman tin Pokka yang dibekalkan oleh pengusaha stesen minyak di Cameron Highland kepada rombongan guru yang membawa pelajar ke Kuala Lumpur.

“Dia beri lima kotak air mineral dan satu kotak Pokka untuk saya. Terharu sangat. Langkawi pun dia beri juga air untuk murid-murid. Tak perlu cakap apa, demi tahu nak pergi mana je dia terus “tak apalah, you mari angkat air sini.

“Semoga Aunty dan Uncle terus dimurahkan rezeki,” katanya menerusi ciapan tersebut. – TMP

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button