LifestyleTravel

Watsons Malaysia kembali dengan Program YES 2.0, seruan belia untuk kesihatan planet dan kelestarian

Watsons Malaysia dengan bangganya mengumumkan kepulangan Program Youth Empowerment & Sustainability (YES) 2.0, sebuah inisiatif yang direka khas untuk memperkasakan golongan belia dalam menerajui kelestarian dan kesejahteraan komuniti.

Bersempena kerjasama strategik bersama Universiti Malaya, program ini menyediakan platform unik kepada golongan muda untuk bertindak secara bermakna dalam isu kelestarian alam sekitar dan sosial. Bertemakan “Youth Action for Sustainability and Planetary Health”, Program YES Watsons tahun ini memberi fokus kepada tindakan belia dalam mewujudkan impak positif untuk planet yang lebih sihat.

Acara ini turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Watsons Malaysia dan Universiti Malaya, simbol komitmen kedua-dua pihak terhadap usaha kelestarian dan pemerkasaan belia. Para pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik di gerai kesihatan dan kecantikan, termasuk penebusan hadiah eksklusif serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh pakar Watsons.

Antara yang hadir pada majlis penuh makna ini ialah Ms. Foo Hwei Jiek, Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia, bersama Profesor Madya Dr. Nur Amani @ Natasha Binti Ahmad Tajuddin, Profesor Madya IR. Dr. Khairunnisa Binti Hasikin, dan Dr. Mohd Istajib Bin Mokthar dari Universiti Malaya. Tidak ketinggalan, Puan Siti-Suhaila dari Unilever Malaysia & Singapura turut memberi sokongan.

Menurut Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, yang juga dikenali sebagai Sustainability Champion,
“Program ini selaras dengan komitmen Watsons sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No.1 di Malaysia dalam memupuk tanggungjawab sosial dan kelestarian. Melalui YES 2.0, kami berharap dapat menginspirasi generasi muda untuk terlibat dalam isu alam sekitar serta mengambil tindakan yang membawa perubahan nyata kepada kesihatan planet kita.”

Kemuncak program ini menampilkan enam kumpulan dari Universiti Malaya yang membentangkan idea-idea projek inovatif untuk menangani cabaran alam sekitar seperti pengurangan sisa, penjimatan tenaga, pemuliharaan air, dan perlindungan biodiversiti. Dua kumpulan terbaik akan menerima geran projek yang dibiayai oleh Watsons Malaysia dan Unilever Malaysia untuk merealisasikan idea mereka.

Tambah Danny,
“Kerjasama ini juga menyerlahkan kepentingan perkongsian strategik dengan pelbagai pihak dalam menghasilkan idea-idea inovatif yang mampu meningkatkan kesejahteraan komuniti dan kelestarian. Kami bangga dapat menyokong golongan belia Malaysia dalam menghasilkan penyelesaian demi planet yang lebih sihat.”

Ayuh sertai Watsons Malaysia dan Universiti Malaya dalam menyokong usaha belia untuk masa depan yang lebih lestari!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button