Mahkamah

Warga emas tampar pemuda bukan Islam dilepas tanpa bebas, kes dirujuk AGC

WARGA emas yang didakwa menampar seorang pemuda bukan Islam kerana makan di khalayak ramai pada bulan Ramadan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela.

Bernama melaporkan lelaki berusia 65 tahun itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) selepas pertuduhan dibacakan atas permintaan pihak pendakwaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah Johor Bahru pada 17 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button