Nasional

Warga asing cacatkan padangan Malaysia

SEMAKIN Malaysia berada diambang kemajuan, semakin ramai warga asing membanjiri negara ini walaupun mereka tiada kerja dan masuk tanpa dokumen dengan alasan kerana mahu hidup senang memandangkan sektor pembinaan dan perladangan sentiasa kosong serta alasan lain senang dari segi kediaman sama ada menumpang kawan atau tinggal diatas jejantas atau ruang kosong dibawahnya. Sebenarnya lambakan warga asing memburukkan wajah Kuala Lumpur dan Selangor iaitu dua negeri yang semakin maju di Malaysia.

Nampaknya perkara seperti ini bagai tiada kesudahannya. Malah kehadiran mereka semakin meningkat dari berbagai negara. Ini telah membuatkan rakyat Malaysia begitu tidak senang. Bukan sahaja tidak bersih dari segi tempat tinggal yang berbau serta kotor, malah diri mereka juga tidak enak untuk didekati. Badan dan pakaian yang mungkin tidak bersalin mungkin seperti pakaian dan cara hidup dinegara mereka. Ramai diantara mereka yang suka meludah tidak kira dimana mereka berdiri contohnya ditangga tempat kediaman atau ditempat kerja.

Ramai diantara mereka yang mencari pendapatan dengan menjalankan perniagaan seperti membuka pasar malam yang dibuat khas untuk rakan senegara mereka supaya senang untuk  membeli belah kerana mereka dikatakan tidak makan makanan yang dimasak oleh orang Malaysia dan bahan-bahannya tidak sama. Selepas waktu berniaga boleh dilihat dengan jelas tapak perniagaan mereka ditinggalkan berselerak dan dipenuhi lalat kerana tidak dibersihkan dahulu sebelum itu.

Malaysia diketika ini, merupakan rumah ke dua kepada kebanyakkannya warga asing. Kehadiran mereka yang sangat tidak menyenangkan dari segi perwatakkan dan kebersihan diri telah membuatkan warga Kuala Lumpur dan Selangor tidak berminat untuk beriadah di bandar pada musim cuti awam disebabkan pemandangannya sudah seperti Dhaka di Bangladesh. Semakin pesat membangun bandar Kuala Lumpur dan Selangor, semakin pesatlah kehidupan warga asing disini dan ada yang telah menjadi kaya raya dan ada juga yang telah bergelar jutawan hasil dari perniagaan yang dijalankan disini.

Kepada agensi berkuasa yang menjalankan kegiatan membenarkan warga asing masuk secara haram patut dihukum dengan sekeras-kerasnya. Disebabkan ketamakkan mereka dan gilakan kemewahan, maka mereka sanggup mengambil rasuah dengan menyediakan kaunter setting bagi menguruskan kemasukan warga asing secara haram dengan menerima imbuhan yang tinggi. Salah satu sebab mengapa lambakan warga asing berlaku di Malaysia adalah kerana kebodohan agensi penguatkuasaan yang membiarkan tanah air sendiri menjadi kotor dan menyakitkan mata dan hati rakyat tempatan.

Artikle Berkaitan :>

Tapak pembinaan sekolah sukan diserbu, 49 warga asing ditahan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button