Wanna Ali tak ramai kawan selebriti
Penyanyi dan pelakon wanita, Wanna Ali, 28 mengakui bahawa dirinya tidak ramai kawan di dalam industri seni dan berhati-hati untuk rapat, kerana serik dengan sikap segelintir yang suka bercakap belakang.
‘’Saya ada pengalaman yang tidak best, saya percayakan orang itu tapi kat belakang bercakap, itu mungkin benda yang biasa dalam industri, tapi tempat yang saya cari makan jadi macam tak best.
‘’Kalau saya di set boleh je berkawan dengan semua orang situ tiada masalah namun di luar set mungkin tidak, bila habis kerja saya cuma cakap ‘hey babe nice working with you and see you around’.’’ Jelasnya selepas pelancaran produk kecantikan Millefleur bertempat di Royal Chulan Damansara.
Anak kepada penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh ini juga mendedahkan ada sebahagian artis yang rapat dengannya kerana ingin dapatkan job dari ibunya.
‘’Sebelum ini saya tidak pernah terfikir ada kalangan artis baik dengan saya sebab nak dapatkan job dari mymum, tapi ada juga yang datang kepada saya suruh beritahu bahawa dia bersedia untuk terima job dari mymum.
Walaupun Wanna tidak ramai rakan selebriti namun ia berasa lega, rakan yang hanya rapat dengannya sekarang boleh dipercayai.
Sementara itu, Wanna kini dilantik menjadi duta kecantikan pada kali pertama bagi produk Millefleur iaitu produk rangkaian penjagaan kulit dikeluarkan dalam bentuk serum.
Serum ini mempunyai inovatif iaitu Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum yang mengandungi tiga bahan semulajadi utama iaitu Aloe Vera, Alpha Arbutin dan Sodium Hyaluronate yang diformulasi bebas dari sebarang pewangi dan paraben serta sudah berada di pasaran sejak setahun lalu.
Wanna turut berkongsi kebaikan dari Millefleur, banyak perubahan yang baik pada wajahnya.
‘’Produk ini sangat bagus kerana terdapat kebaikan 3 dalam 1, saya percaya produk ini, terkejut dengan hasil diberikan terutama melihat pengasasnya yang sudah berumur 50 tahun ke atas tapi kulitnya masih cantik walaupun lelaki.
‘’Sebelum ini saya memang susah nak percaya local produk namun saya cuba dahulu selama sebulan, yang bagusnya ia adalah organik, skin saya pula sangat sensitif, sebab itu saya bersetuju untuk jadi duta’’. Jelasnya.
Dengan setiap pembelian Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum berharga RM118, pelanggan boleh menyertai peraduan #WakingUpToHealthySkin dengan memuat naik video kreatif anda bersama produk di media sosial beserta hashtag #WakingUpToHealthySkin #Millefleur dan ikut media sosial Millefleur @millefleurhq
Pengguna bertuah berpeluang memenangi hadiah wang tunai bermula RM500 untuk saguhati sehingga RM2,000 sebagai hadiah pertama .
Dalam pada itu, Millefleur sedang giat mencari agen dan stokis dengan keuntungan yang tinggi untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan lumayan bersama produk ini dengan menghubungi talian hotline +01121277002.
Bagi yang ingin mendapatkan Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum ini bolehmembuat pembelian secara online di laman web rasmi www.millefleurskin.com atau melalui sistem agen online di www.millefleurempire.com dan boleh hubungi di talian +01121277002.
Artikle Berkaitan :>