JenayahNasional

Wanita 51 tahun ditipu Macau Scam RM79,000

Suspek menyamar sebagai pegawai Polis IPK Sabah

PELBAGAI nasihat dan amaran diberikan oleh pihak berkuasa kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan kegiatan Macau Scam namun di manakah silapnya, kejadian ditipu masih berlalu.

Apakah rakyat Malaysia bersikap terlalu mempercayai dan tiada ada rasa cuak apabila dihubungi melalui telefon dan menerima bulat-bulat, pengenalan diri yang dibuat melalui telefon.

Dalam hal ini, kita mesti lebih berhat-hati kerana terkini, seorang kerani di sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM79,600 akibat terpedaya Macau Scam selepas mangsa dihubungi seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa, seorang wanita berusia 51 tahun, dihubungi suspek dengan menggunakan nombor telefon IPK Sabah (088-454222) dan dimaklumkan kononnya dia terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Pada 4 Jun lalu, kata Ahmad Adnan, semasa pengadu berada di tempat kerja, dia menerima panggilan telefon daripada suspek.

Kononnya sekiranya mangsa ingin menyelesaikan masalah itu, mangsa perlu membuat pembayaran terlebih dahulu,” kata Ahmad Adnan lagi.

Beliau berkata, dalam tempoh dari 4 hingga 6 Jun lalu, mangsa yang juga pengadu dalam situasi ini, telah memindahkan sejumlah RM65,000 wang simpanannya.

Dan RM14,600 lagi yang dipindahkan adalah yang dipinjam daripada empat rakannya dalam lapan transaksi ke nombor akaun yang diberikan suspek melalui WhatsApp, ujar Ahmad Adnan.

Tambah beliau, setelah pengadu memindahkan kesemua wang yang diminta oleh suspek, dia mendapati suspek menghilangkan diri dan nombor telefonnya tidak lagi dapat dihubungi.

“Hasil semakan mendapati lokasi panggilan telefon dan WhatsApp yang dibuat oleh suspek adalah dari Miri, Sarawak,” kata Ahmad Adnan mengesahkan lokasi.

Pihak polis kini sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kata Adnan. –  FMT – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button