Hiburan

Walaupun keguguran, Siti Elizad syukur diberi pelung jadi ibu

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan pelakon, Siti Elizad Sharifuddin pasti akan tahu berkenaan perjalanan wanita itu untuk bergelar ibu.

Siti Elizad daripada mula telah merakamkan perjalanannya untuk bergelar ibu apabila menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) sejak 21 Oktober lalu.

Malah, proses tersebut telah pun berjaya dan dia sendiri telah hamil namun telah mengalami keguguran kira-kira seminggu selepas berita gembira tersebut diberitahu pihak hospital.

“Allah bagi rasa nikmat jadi ibu itu minggu lepas tetapi diambil balik. Terjentik sungguh rasa itu.

“Dimaklumkan hamil minggu lepas, MasyaAllah dia punya happy tak tahu nak kata sebab dah lama menanti tapi kandungan tak kuat dan berlaku pendarahan.

“Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Terduduk seketika.

“Tak mengapa, InsyaAllah ada rezeki lain. Saya tidak akan berputus asa. Saya akan kekal positif dan sentiasa berdoa dikurniakan rezeki anak,” katanya.

Elizad berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku, pelakon filem Rock itu akan tetap meneruskan rawatan IVF.

Ujarnya, dia akan bertemu dengan doktor semula pada Januari tahun hadapan untuk rawatan kali kedua.

“Saya akan teruskan rawatan IVF sampai berjaya. Malah, saya juga akan kongsikan di Instagram berkenaan perjalanan rawatan tersebut sama seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Sama ada berjaya atau tidak, itu tidak penting. Apa yang utama ialah ikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan zuriat,” jelasnya.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015 dengan majlis perkahwinan itu dilangsungkan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button