Pendidikan
Walaupun beberapa negeri berdepan banjir namun calon SPM tetap hadir
SETAKAT ini tiada sebarang isu berhubung calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan, dilaporkan 395,870 calon berjalan lancer termaksuk negeri terjejas banjir iaitu di Pahang dan Terengganu.
Menurut timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Kementerian Pendidikan Azman Adnan, walaupun terdapat beberapa negeri banjir namun perjalanan SPM tiada masalah berkenaan isu murid terjejas.
“Setakat ini, perjalanan SPM di seluruh negara tidak ada masalah atau ada isu murid kita terjejas ke pusat peperiksaan walaupun ada kawasan tertentu di beberapa negeri masih dilanda banjir,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru, hari ini.