Politik

Wakil Cina Kabinet Sabah: Atas prinsip meritokrasi tidak perlu?

ATAS prinsip meritokrasi masyarakat Cina di Sabah tidak perlu meminta kuota meletakkan pemimpin mereka sebagai wakil di dalam Kabinet Kerajaan Negeri

Bekas menteri pertanian industri dan asas tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, parti DAP yang menang enam dari tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri di semua kawasan majoriti pengundi kaum Cina.

“DAP dikatakan pemenang terbesar PRN Sabah. Menang 6 dari 7 kerusi yang ditandingi. Difahamkan semua kawasan majoriti pengundi kaum Cina.

“Malangnya parti yang menaungnya, Warisan Plus kalah keseluruhan. Mungkin tidak ada wakil kaum Cina dalam kabinet kerajaan negeri.

“Atas prinsip meritokrasi, kalau kalah, tak perlu mintak apa2 kuota. Boleh kah begitu?” tanya Ahmad Shabery.

Semalam Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, ketiadaan wakil masyarakat Cina dalam Kabinet baharu negeri Sabah akan dibincangkan dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, isu itu adalah antara pertimbangan yang akan diambil kira dalam pelantikan lima lagi jawatan menteri, selain jawatan pembantu menteri bagi melengkapkan barisan Kabinet negeri.

“Kita akan melihat perkara itu sebab kita ada lagi lima menteri yang akan mengangkat sumpah.

“Itu kita akan bincang dengan rakan dalam PN, BN dan PBS. Kita buat yang terbaik untuk mentadbir negeri Sabah ini,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan pimpinannya akan mewujudkan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik untuk membolehkan masyarakat Cina dan minoriti dibawa masuk dalam Kabinet beliau.

Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang merangkumi kerjasama PN, BN dan PBS tidak memiliki ADUN mewakili masyarakat Cina selepas semua calonnya kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

Pada PRN itu, GRS meletakkan calon BN daripada MCA, calon PN daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan calon Cina daripada PBS di kerusi majoriti Cina, namun semuanya kalah di tangan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan rakan sekutunya.

Antara kerusi majoriti Cina itu ialah Api-Api yang ditandingi calon PBS, Datuk Dr Yee Moh Chai; calon MCA, Lu Yen Tung (Kapayan) dan Dr Chang Kee Ying (Likas) selain calon SAPP di Luyang dan Tanjung Papat.

Semua kerusi majoriti Cina disapu bersih WARISAN Plus dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button