Dek sistem pendidikan berjaya memisahkan agama daripada kehidupan seharian, usaha untuk menanam jiwa dan minda sekular itu membuahkan hasil.
Salah satu tujuannya adalah untuk memastikan sesuatu bangsa itu lemah dan tidak memiliki ilmu yang konkrit bagi membina jati diri bangsa.
Dan sangat menyedihkan, hal ini terjadi kepada bangsa Melayu dan kesannya boleh dilihat selepas berlaku kelalaian daripada Melayu terdahulu yang selesa.
Bercakap tentang Melayu, terdapat banyak percanggahan fakta mengenainya oleh para pengkaji terutamanya apabila banyak aset Melayu dilupuskan.
Kesannya, Melayu hari ini gagal mengenal salasilah keturunan mereka dan tersangkut pada percanggahan zaman Nabi serta bukti kajian saintifik.
Misalnya, umat Islam didedahkan dengan penceritaan manusia lahir dan datangnya daripada satu sulur galur yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Tetapi bilakah zaman mereka diciptakan dan diturunkan ke bumi, tiada sesiapa mengetahui dengan tepat dan ia kekal sebagai satu teori tidak berpenghujung.
Bagi para pengkaji saintifik pula, mengambil contoh DNA Melayu, mereka menemui ia sudah wujud 58,000 tahun lebih awal dan Melayu moden menolaknya.
Katanya kajian ini adalah sesuatu yang karut dan dalam masa sama, mereka bukanlah pengkaji apatah lagi arif tentang silang agama dan sains.
Tambahan pula, ada pihak yang mendakwa Nabi Adam AS kononnya diturunkan sekitar 10,000 tahun lalu namun sumber asalnya tidak diketahui puncanya.
Perkara ini ditelan bulat-bulat dari satu generasi kepada generasi lain sehinggakan ia sekadar menjadi satu penglipur lara dan tidak memberikan apa-apa makna.
Amat malang jika pakar agama cuma tahu tentang agama dan pakar saintifik cuma tahu tentang kajian saintifik semata-mata sahaja.
Adalah lebih molek pakar agama itu arif tentang kajian saintifik dan pengkaji saintifik arif tentang susun atur agama yang tidak seharusnya terpisah.
Dalam erti kata lain, Islam atau agama itu adalah kunci kepada sains dan sesiapa yang berpegang sains harus dipisahkan daripada agama, generasi akan datang hilang jati diri!