Sukan
Vietnam juara ASEAN, padam rekod cemerlang Thailand
VIETNAM memadam rekod cemerlang Thailand apabila muncul juara buat kami pertama sejak 2018 apabila menewaskan juara bertahan itu sekali gus menambah tiga koleksi piala Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Rajamangala, malam tadi.
Tanpa menunggu lama, seawal minit kelapan tonggak utama Hanoi, Pham Tuan Hai, menjaringkan gol pertama buat pasukan pelawat untuk kedudukan 1-0 sekali gus memberi kelebihan agregat 3-1.
Thailand bagaimanapun cuba menghidupkan peluang melalui sepakan jarak jauh daripada Ben Davis berhasil menyamakan kedudukan 1-1 termasuk merapatkan jurang agregat 2-3.
Pada babak kedua skuad kendalian Masatada Ishii melakukan serangan demi serangan dan hampir menguasai keseluruhan padang dengan pelbagai gerakan untuk mencipta peluang.
Bintang berpengalaman, Supachok Sarachat, membuat kuisan cantik menewaskan Nguyen Dinh Trieu pada minit ke-64, namun pemain dan barisan kejurulatihan Vietnam melakukan bantahan atas faktor ‘fair play’ yang tidak dimainkan oleh juara bertahan itu.
Thailand bagaimanapun dihukum di hadapan peminat sendiri apabila pemain tengah, Weerathep Pomphan, dilayangkan kad kuning kedua yang menyebabkan pengadil perlawanan memberikan kad merah memaksa mereka bermain dengan 10 pemain.
Vietnam memanfaatkan Kelebihan 11 pemain di atas padangapabila serangan pada minit ke-81 membuahkan hasil selepas Pansa Hemviboon, tertampan bola ke gawang sendiri yang mengubah kedudukan kepada 2-2 memberi keuntungan kepada Vietnam dengan agregat 4-3.
Nguyen Hai Long menoktahkan kemenangan Vietnam yang mengambil peluang melakukan sepakan daripada kawasan tengah padang ketika gawang tidak dibolosi oleh penjaga gol untuk menutup cerita aksi akhir itu dengan kedudukan 3-2 yang membawa kepada agregat 5-3.