Nasional

UTeM hasilkan Prototaip Vediward cegah kemalangan jalan raya

  1. SEKUMPULAN penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya membangunkan
    sebuah prototaip pengesan dan penggera ketidakstabilan lori yang dikenali sebagai Vediward bagi membantu mengurangkan insiden kemalangan jalan raya.

Naib Canselor UTeM, Profesor Dr. Massila Kamalrudin berkata, Vediward dilihat sebagai salah satu kaedah yang dapat membantu pemandu lori dan kenderaan perdagangan memastikan pemanduan yang lebih selamat seterusnya mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

“Prototaip tersebut telah dibangunkan oleh sekumpulan Penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan, Dr. Mohamad Hafiz Harun.

“Enam lagi penyelidik yang turut membangunkan prototaip itu ialah Ahmad Zul Husni Che Mamat, Dr. Fauzi Ahmad, Mohd. Hanif Che Hasan, Mohammad Rafi Omar, Qamar Fairuz Zahmani dan Muhammad Rabbani Abd. Rasid,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Hafiz Harun melakukan kerja pemasangan prototaip Vediward pada sebuah lori.

Sementara itu, Mohamad Hafiz berkata, beliau bersama enam penyelidik lain mengambil inisiatif untuk membangunkan prototaip tersebut bagi membantu mengurangkan kemalangan kemalangan yang banyak membabitkan lori dan kenderaan perdagangan yang lain.

Menurutnya, berdasarkan kajian daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan kecuaian manusia yang menyumbang sebanyak 80.6 peratus, faktor keadaan jalan raya (13.2 peratus) dan kenderaan (6.2 peratus).

“Vediward adalah alat pengesan dan penggera ketidakstabilan kenderaan yang efektif dapat membantu pemandu untuk mencegah daripada berlaku kemalangan jalan raya.

“Rekabentuk yang kompak dan penggera yang mudah dilihat, pastinya ia dapat membantu pemandu mendapat amaran awal sebelum berlakunya kemalangan,” ujarnya.

Katanya, sistem amaran yang dihasilkan oleh prototaip itu menggunakan suara manusia yang jelas dapat membantu pemandu membetulkan pemanduan sebelum berlakunya kemalangan manakala suara amaran ini boleh disesuaikan dengan bahasa yang mudah difahami oleh pemandu tersebut.

Produk ini juga telah menjalankan kolabarasi bersama syarikat HICOM-HBPO Sdn. Bhd. dan telah dianugerahkan geran penyelidikan pembangunan produk sebanyak RM20,000 di bawah skim geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) Prototaip UTeM. – SM Melaka

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button