Acara

Usanita kembalikan zaman permainan kanak-kanak sempena sambutan kemerdekaan di KL Tower

SEMPENA semarakkan hari kemerdekaan yang ke-67 pada tahun ini, Usanita Sdn Bhd menganjurkan ‘Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka’ yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada hari ini dengan penuh warna warni dan berjiwa merdeka.

Uniknya pada acara ini menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau dengan bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak.

Menurut, Datuk Adzliana Prof Datuk Serti Dr Hasan, ini merupakan sebagai satu usaha untuk memberi pendedahan kepada kepada generasi Z yang kurang tahu akan permainan traditional dan pendekatan ‘throwback to childhood memories’

‘’Dalam program ini Usanita mengembalikan nostalgia zaman kenangan kanak-kanak saya, di sini kita canting batik, congkak, permainan batu Seremban dan sebagainya.

‘’Generasi Z sekarang kalau kita lihat mereka dah pun lupa dengan permainan ataupun mereka tiada pendedahan  tentang culture ataupun permainan yang kita main semasa kita kecil, jadi mereka sekarang ini lebih kepada gajet, jadi dalam acara ini kita mendedahkan kepada generasi Z’’, Katanya selepas majlis pelancaran.

Turut diserikan oleh kehadiran tetamu kehormat kehadiran bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil,

Pada Acara malamnya Usanita akan menyampaikan anugerah kepada wanita yang bekerja di belakang takbir sebagai satu usaha untuk menghargai mereka dan semarakkan lagi dengan persembahan nyayian dari barisan artis terkenal, Aina Abdul, Hael Husaini, Ayaina dan ramai lagi.

‘’Akan ada 5 anugerah kepada wanita yang kita rasa perlu dihargai dan 5 lagi  yang kita pritis usahanita.

Satu lagi sorotan istimewa ialah ketika semua tetamu kehormat dan hadirin bersama-sama naik ke pentas untuk mengibarkan Jalur Gemilang, diringi nyanyian Ella dengan lagu “Standing in The Eyes of The World”. Momen ini sungguh mengujakan, menghidupkan semangat patriotisme dan kebanggaan terhadap tanah air.

Datuk Adzliana, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, dalam ucapannya berkongsi bahawa tema Jiwa Merdeka dipilih untuk menghidupkan semula memori indah zaman kanak-kanak sambil menyatukan semua lapisan masyarakat dalam semangat kemerdekaan.

Pendekatan throwback to childhood memories’ ini memberikan sentuhan nostalgia yang membawa kita kembali ke zaman kecil, sementara elemen neon melambangkan harapan masa depan yang lebih cerah,” kata beliau dengan penuh inspirasi.

Artikle Berkaitan :>

Merdeka bukan sekadar rutin sambutan – Pemangku Raja Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button