Nasional

UPSI semak program akademik besar-besaran

TINDAKAN Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) mengadakan Pelataan Semakan Kurikulum Program Akademik yang dibentangkan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff pada 17 Mac 2022 lalu berkaitan agenda keempat Agenda Pemerkasaan UPSI yang menyasarkan kepada Semakan Kurikulum secara total menyaksikan perubahan struktur program akademik dibuat secara besar-besaran.

Prof Md Amin Md Taff

Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Abdul Rahim Razalli berkata antara perubahan yang dilakukan adalah penetapan Bahasa Asing sebagai elemen wajib Elektif Terbuka yang perlu dipenuhi oleh pelajar Sarjana Muda mulai Sesi Akademik 2023/2024 (A231).

Antara guru bahasa di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI.

Beliau berkata kini, antara bahasa yang ditawarkan sebagai Elektif Terbuka kepada semua pelajar UPSI adalah Bahasa Arab, Mandarin, Perancis, Jerman, Jepun, Iban, Kadazan-Dusun, Sepanyol, dan Tamil.

Katanya, setiap bahasa asing ini ditawarkan dengan tiga tahap dan pelajar wajib mengikuti ketiga-tiga tahap tersebut sepanjang pengajian di universiti.

Prof Dr Abdul Rahim Razalli

“Dengan penguasaan bahasa baru yang memerlukan pemahaman yang mendalam tentang struktur bahasa dan tata bahasa, ini juga akan meningkatkan kemampuan pemikiran analitikal dan intelektual mahasiswa apabila mula meneroka bidang pekerjaan kelak,” katanya.

Usaha itu juga, katanya, selari dengan usaha tenaga pengajar di Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang berjaya menghasilkan Sound and Vocabularies Kit (SOVO Kit) pada 20 Julai 2022.

Dekan FBK, Prof Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad

Justeru, katanya, aplikasi itu dapat membantu pelajar dalam menguasai kosa kata dan sebutan dalam bahasa asing pada peringkat asas dan seterusnya akan dibangunkan secara berperingkat dalam bentuk frasa dan ayat.

Menurut Dekan FBK, Prof Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad sehingga kini FBK menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Bahasa Kadazan- Dusun dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Iban. -SM

Baca : Balu kepada arwah Abam Bocey kini tunangan orang

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button