Hiburan

Upin Ipin Youtuber Malaysia pertama cecah 10 juta subscriber

WAH! Tahniah. LES’ Copaque Production yang menerbitkan animasi Upin Ipin menjadi saluran YouTube pertama mencapai 10 juta subscriber.

Pencapaian itu juga melayakkan syarikat terbabit mendapat Diamond Play Button daripada pihak YouTube.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Burhanuddin Md Radzi berkata, mereka menyasarkan untuk mencapai 10juta subscriber pada hujung tahun ini.

“Sebelum Ramadan kita sudah ada 8.5 subscriber. Jadi hujung tahun ini kita sasar sudah ada 10juta subscriber.

“Kita telah menyediakan isi kandungan yang terbaik untuk Ramadan dan Syawal. Malah, kontroversi yang melanda Fizi (watak dalam Upin Ipin) turut menjadi penyumbang kepada peningkatan subscriber,” katanya dalam akaun Facebooknya.

Fizi sebelum ini menjadi kontroversi setelah mengatakan bahawa mereka yang tiada ibu sudah tiada syurga.

Hal tersebut bukan sahaja mengguris hati Upin dan Ipin, tetapi turut mendapat reaksi dari rakyat Indonesia yang ingin permohonan maaf dilakukan Fizi.

Fizi kemudian telah tampil dengan satu sedutan permohonan maaf di YouTube dan video tersebut telah menarik sebanyak 19juta tontonan.

Pencapaian Upin dan Ipin ini membuktikan bahawa content tempatan khususnya yang menggunakan Bahasa Melayu boleh berkembang sekiranya dirancang bersama strategi dan isi kandungan yang baik. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button